A   B   C   D   E   F   G   H   I   J   K   L   M   N   O   P   Q   R   S   T   U   V   W   X   Y   Z          


Iras Imaging     
Category : Photographers



Iras Imaging menawarkan perkhidmatan Jurufoto Profesional untuk merakamkan satu-satunya detik paling manis dan juga yang paling berharga dalam seumur hidup anda - Majlis Perkahwinan Anda!. Kami mempunyai pengalaman yang cukup luas iaitu selama lebih 10 tahun dan telah merakamkan berbagai jenis majlis perkahwinan yang terdiri daripada berbagai bangsa dan adat.

Minat kami yang amat mendalam bagi subjek fotografi manusia dan masyarakat, telah memberikan banyak kelebihan kepada kami dalam menghasilkan gambar-gambar yang menarik dan terbaik. Selain itu, kami juga turut menjanjikan mutu kerja yang profesional dari awal rakaman hinggalah persembahan produk terakhir.

Kami merakamkan majlis perkahwinan anda secara penggambaran dokumentari. Teknik ini menjanjikan kelainan dan persembahan yang tersendiri. Keseluruhan majlis perkahwinan anda akan kami rakamkan dan dipersembahkan di dalam bentuk Album Digital yang dibuat mengikut kesesuaian konsep dan tema majlis perkahwinan anda.

Antara keistimewaan lain perkhidmatan kami ialah:

• Terdapat PERCUMA percetakan sehingga 20R.

• Album Digital yang menarik dan direka khas mengikut citarasa pelanggan.

• Jurufoto Profesional berpengalaman dalam berbagai jenis adat majlis perkahwinan melayu dan bangsa lain.

• Menawarkan perkhidmatan lebih dari seorang Jurufoto mengikut kesesuaian majlis.

[Mobile]